Tuesday, 29 November 2011

Kata Ganda Berimbuhan

Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan atau akhiran.

Contohnya   :

a)   Awalan  : Bermain-main, menjerit-jerit, jahit-menjahit dan tergaru-garu

b)  Apitan    : Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan dan setidak-tidaknya.

c)  Sisipan   : Tulang-temulang. gilap-gemilap dan turun-temurun.

d)  Akhiran  :  wangi-wangian dan tumbuh-tumbuhan.

kata Ganda Berima / Berentak

Kata ganda berima/ berentak merupakan proses penggandaan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.

Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang.  Kata ganda ini terbahagi kapada tiga, iaitu

i)  Persamaan bunyi di hujung, contohnya kuih-muih dan  lauk pauk.
  
    Contoh ayat  :  Kuih-muih terhidang di atas meja.

ii)  Persamaan bunyi di pangkal, contohnya batu-batan dan bukit bukau.

    Contoh ayat   :  Aktiviti gotong royong akan  diadakan esok.

iii)  Persesuaian bunyi keseluruhan, contohnya kusut-masai, simpang-siur.

     Contoh ayat  :  Rambutnya kusut masai di tiup angin.

Kata Ganda Separa

Kata ganda separa melibatkan penggandaan sebahagian kata dasar sahaja.

Kata dasar mungkin terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.

Bunyi vokal dalam suku kata pertama mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu "e'.

Contohnya   :   Layang  menjadi lelayang

                       Kuda menjadi kekuda

                       Tupai menajadi tetupai

                       Siku menjadi sesiku

                       Bola menjadi bebola

Penggandaan

Penggandaan ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu.

Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu

a)  Kata ganda seluruh

b) Kata ganda separa

c) Kata ganda berima/berentak

d) Kata ganda berimbuhan

MARI BERKENAL MESRA...

NAMA                     : FARINA BT. AYOB

NO MATRIK          : D20102041105

SEKOLAH              : SK. SAUJANA UTAMA

KUMPULAN          : EL - B06