Tuesday, 29 November 2011

kata Ganda Berima / Berentak

Kata ganda berima/ berentak merupakan proses penggandaan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.

Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang.  Kata ganda ini terbahagi kapada tiga, iaitu

i)  Persamaan bunyi di hujung, contohnya kuih-muih dan  lauk pauk.
  
    Contoh ayat  :  Kuih-muih terhidang di atas meja.

ii)  Persamaan bunyi di pangkal, contohnya batu-batan dan bukit bukau.

    Contoh ayat   :  Aktiviti gotong royong akan  diadakan esok.

iii)  Persesuaian bunyi keseluruhan, contohnya kusut-masai, simpang-siur.

     Contoh ayat  :  Rambutnya kusut masai di tiup angin.

2 comments: