Wednesday, 7 December 2011

Simpulan Bahasa

Ada Hati
Erti     :  Menyimpan perasaan terhadap seseorang.
Ayat   :  Sulaiman ada hati hendak memikat anak hartawan itu.


Air Muka
Erti    :  Keadaan wajah atau nama baik.
Ayat  :  Air muka Sani berubah apabila Liza memberitahunya  tentang kemalangan yang melibatkan adiknya.


Ajak-ajak Ayam
Erti    :  Pelawaan yang tidak bersungguh-sungguh.
Ayat  :  Saya tidak makan malam di rumah Izza tadi, kerana saya tahu keluarganya ajak-ajak ayam sahaja.


Akal Kancil
Erti    :  Orang yang mempunyai muslihat yang licin.
Ayat  :  Azhar dapat melepaskan diri daripada masalah itu dengan
menggunakan akal kancilnya.


Alas Perut
Erti    : Makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar.
Ayat  : Afif makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.


Alim-alim kucing
Erti   : Orang yang berlagak baik.
Ayat : Perangai Jihan menjadi alim-alim kucing apabila ayahnya
berada di rumah.


Ambil hati
Erti    :  Berasa tersinggung
Ayat  : Jangan ambil hati dengan kata-kata Mak Kiah tadi.


Banayak lemak
Erti    : Perangai yang mengada-ada.
Ayat  : Jangan selalu membantu pengemis itu, nanti dia banyak
lemak.


Banyak mulut
Erti     :  Banyak bercakap
Ayat   :  Norli mudah mendapat kawan kerana dia banyak mulut.


Batu api
Erti     :  Orang yang menghasut.
Ayat   :  Mak Jah menjadi batu api dalam pergaduhan antara Mak Temah dengan Mak Ani.



No comments:

Post a Comment